Pembelajaran yang saya sediakan adalah menggabung jalinkan kepintaran pelbagai murid bagi memenuhi keperluan murid daripada pelbagai aras. Nota-nota yang saya sediakan dalam bentuk imej menggabungkan warna dan label yang tepat untuk mempastikan murid menguasai kemahiran sesuatu topik. Latihan yang saya sediakan adalah mengikut standard 5:3:2 supaya dapat mencakupi kesemua kemahiran yang ditetapkan dalam DSKP. Semoga pembelajaran yang saya sediakan memberi manafaat kepada semua pembelajar..