Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat menggunakan perkataan yang betul mengikut konteks ayat. Pelajar juga boleh memberi respons kepada ayat penyata sama ada betul atau salah. Soalan dalam latihan ini merupakan antara soalan pentaksiran yang digunakan oleh guru di sekolah untuk mentaksir kefahaman pelajar berkaitan tatabahasa.