Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat memahami dan membezakan antara Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif yang merupakan dua entiti dalam Kemahiran Saintifik. Berdasarkan pengetahuan ini, pelajar akan dapat menjalankan aktiviti Sains dengan cara yang betul dan menghasilkan keputusan yang tepat. Turut disertakan soalan kuiz untuk menguji dan menambahkan lagi kefahaman pelajar tentang topik ini. Selamat mencuba!