Konsep set sering muncul semasa kita mempelajari topik seperti hubungan, fungsi dan juga kebarangkalian. Suatu set ialah satu himpunan objek. Sebagai contoh, set jari tangan terdiri daripada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelingking.