Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (lahir 16 Julai 1951) ialah seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.
Fadzillah memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977. Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzillah dinamakan "Tokoh Maal Hijrah" Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.
Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan daripada Wisconsin University, Amerika Syarikat.