Saya seorang bekas guru sekolah rendah mempunyai pengalaman 18 tahun mengajar subjek UPSR. Berkelulusan dalam Diploma Pendidikan dari MPKB & Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari UPM. Saya juga pernah membuka Pusat Tuisyen selama 10 tahun. Saya banyak menekankan penggunaan otak kanan dalam pembelajaran supaya murid-murid saya seronok semasa belajar dan mengulangkaji pelajaran. Jom follow saya dan sama-sama kita berusaha untuk memantapkan diri menimba ilmu. Jangan takut salah dan gagal kerana kejayaan tidak akan dikecapi tanpa menempuh cabaran.